Khamis, 5 Mac 2020

DARI KAUNSELOR CIKGU ANANTHAN : Permohonan Kemasukan ke Politeknik & Kolej Komuniti Sesi Jun 2020 - SMK PRAI 2020


Permohonan Kemasukan ke Politeknik 
Kolej Komuniti Sesi Jun 2020
- SMK PRAI 2020 -

A. Permohonan melalui UPU (https://online.moe.gov.my/upu/UPUOnline/login). - untuk lepasan SPM Tahun 2017 - 2019 yang ingin memohon ke program Diploma & Sijil
- Calon perlu memberi No Unik ID bernilai RM15.60 di Bank Simpanan Nasional
- Permohonan bersekali dengan permohonan ke IPTA, Institut Pendidikan Guru, Matrikulasi & ILKA lain
- Permohonan dibuka mulai 24 Februari hingga 31 Mac 2020. Calon lepasan SPM hanya boleh membuat pilihan program 5 hari selepas keputusan SPM diumumkan.

B. Permohonan melalui Portal Ambilan PolyCC (http://ambilan.mypolycc.edu.my)
- Untuk lepasan SPM tahun 2016 ke bawah, lulusan Sijil & Pra Diploma Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran MARA, Institut Kemahiran Tinggi PERDA, Institut Pertanian, lulusan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 & Sijil APEL
- Untuk permohonan ke program Sijil, Diploma, Pra Diploma & Sijil Kemahiran Khas
- Permohonan adalah PERCUMA
- Permohonan dibuka mulai 1 hingga 31 Mac 2020.

Keputusan permohonan akan diumumkan pada 14 Mei 2020